Tuesday, August 26, 2014

Semusim Di Dunia

Hidup dalam dunia Melayu, aku dapati, penuh cabaran. Sebenarnya, hidup dalam dunia. Period.

Antara yang paling getir ialah perasaan hasad dengki dan rasa tidak yakin pada diri sendiri. Ini kita dapat lihat dari segi luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, ramai orang yang kita jumpa akan mempunyai perasaan hasad dengki dan ketidak-yakinan pada diri sendiri. Mereka ialah orang yang selalu membanding-banding, "Kereta dia lagi besar dari aku ke? Gaji dia lagi banyak ke? Bini dia rambut lagi besar ke?"

Semua persoalan yang membakar jiwa mereka ini akan menyebabkan mereka menghakimi orang lain. Kemudian mereka akan cuba:

1. Menjatuhkan orang lain.
2. Memfitnah orang lain.
3. Mentertawakan orang lain.
4. Mengambil tahu hal orang lain.
5. Sentiasa bercakap mengenai orang lain.
6. Bertepuk-sorak atas nasib malang orang lain.

Mereka akan menunggu dengan tangan bersedia untuk bertepuk sekiranya orang lain dijahanamkan atau menjahanamkan diri sendiri.

Yang taksub juga akan cuba mensabotaj orang lain agar dirinya kelihatan lebih baik. Kerana mereka yakin yang diri mereka tidak boleh diperbaiki lagi, maka mereka cuba menjahanamkan orang lain.

Tak kira sama ada kau lebih baik atau lebih buruk dari mereka, inilah apa yang mereka akan lakukan.

Ini lumrah manusia. Kau boleh menjerit kepada Tuhan, dalam hujan, sambil diiringi lagu Tamil, bertanya "Kenapaaaaa???!!! Kenapaaaaaaa????!!!! KENAPAAAAA??????!!!!!111ONEONE11ELEVENONE!!!"

Kau boleh jadi emo, kalau kau nak. Takde bezanya. Takde gunanya.

Relaks.

"Macamtulah, brader," kata Buddha.

Kalau dari segi dalaman pula, kau, sebagai manusia, tidak boleh tidak akan juga mempunyai potensi untuk mempunyai emosi yang sama. Hasad dengki. Rasa tidak yakin. Ya. Kau juga ada penyakit yang sama.

"Judge ye not, lest ye be judged," kata Jesus. Atau, "Janganlah kamu menghakimi sesama manusia, kelak kamu juga akan dihakimi."

Dalam erti kata lain, ko pun sama.

Jadi, relaks. Bertenang. Berukera dari Planet Zargus berada di mana-mana. Ini planet mereka.

Kalau kau taknak bertenang pun, cuba amati persona yang tak bertenang itu. Asingkan dari diri kau. Itu bukan diri kau yang sebenarnya. Itu ego.

Ambillah nasihat bapak aku:

"Peduli taik aku?" atau "Pedulittaik aku." Ada sabdu.

Pergi mampus sama orang lain. Ko kecoh buat apa? Lantaklah si celaka-celaka itu semua. Kalau kau bazirkan masa dengan memberi perhatian kepada hasad dengki dan rasa tidak yakin si celaka-celaka itu, sampai bila pun kau takkan ber-evolusi.

Berukera-berukera ini sentiasa perlukan perhatian, seperti manusia perlukan udara. jadi, kalau kau tak bagi diorang perhatian, dan fokus kepada benda yang kau hendak, maka kewujudan mereka akan terhakis dan apa yang kau nak akan terpacul di depan mata dengan lebih cepat.

Fokus.

Kalau kau fokus pada sesuatu benda, benda itu akan muncul.

Orang Islam kata doa. The Secret cakap Law of Attraction.

Kalau kau nak BMW, kau fokus kat kereta tu. Rasa macam kau dah dapat. rasa macam dah bawak. lama-lama, bila kau fokus, otak kau yang tak-sedar akan mula memberi input macamana nak berada dalam keadaan yang kau impikan. Kau akan dapat idea. Kau akan perasan lebih benda.

Aku nak jadi jutawan. Aku fokus. Dalam masa enam bulan lepas, aku jumpa banyak cara nak jadi jutawan. Belum ada pun yang berjaya, tapi hanya masa sahaja menjadi penghalang. Takde kaitan dengan MLM, ya. Aku menyampah MLM.

Lupa la pulak pasal orang yang dengki dan tidak yakin pada diri sendiri.

Mmmm...

Pergi mampuslah diorang. Aku banyak kerja lain.

Aku nak jadi superhero. Aku nak jadi jutawan. Pedulittaik aku?



Tuesday, August 12, 2014

Malay-sia


Aku terfikir perihal beberapa hari yang lepas.

Aku pergi ke salah sebuah kedai buku yang agak besar. Aku cuba mencari, dan membeli buku berkenaan adat resam orang Melayu. Sebagai rujukan jangka panjang.

Bakal Penulis Agung dan Sasterawan Global macam aku perlukan bahan rujukan.

Tapi. Takde!

Takde langsung buku perihal adat istiadat orang Melayu dan budaya mereka. Takde pasal adat orang istana.

Buku istiadat orang Jerman pun ada. Budaya istana Cina zaman purba berlambak rujukannya.

Dahlah aku pernah terbaca isu majalah National Geographic pasal Malaysia, tanpa satu gambar orang Melayu pun.

Gila. MALAY-sia, tanpa MALAY. Kalau negara ni namanya Kennysia, aku paham la kalau semua muka macam mamat anak orang kaya tuh.

Nah, aku takkan melatah dan melompat-lompat menjerit "Racist! Racist!" dan menyuruh orang duduk.

Aku bukan ahli politik.

Aku takkan salahkan kedai buku. Itu pilihan mereka. Aku tak salahkan penulis. Pasal topik Melayu mungkin membosankan.

Tak macam topik orang Thai. Aku masuk kedai buku Thai, dia siap ada buku pasal adat resam dalam pelbagai bahasa. Siap tulis pasal industri pelacuran lagi (Private Dancer, et cetera)

Mungkin:

1. Tak ada langsung buku pasal adat istiadat orang Melayu yang pernah ditulis manusia.

2. Orang Melayu memang tak baca buku. Tengok porno sahaja.

3. Kalau ada pun, memang tak boleh jual. PASAL ORANG MELAYU TAK BACA BUKU.

Loh. Camana nak tulis komik ni?

Aku nak tulis komik bersiri, 78 isu. Tajuk dia: Nusantara. Cerita fantasi yang menggabungkan semua lagenda dan mitos rantau ini. Macam Neil Gaiman dan Sandman.

Sebelum aku mati, inilah satu-satunya benda yang aku nak tulis.

Cerita pasal 7 orang sahabat yang ada kombinasi skill macam dalam Heroes of Might and Magic III. Campur Dragonlance dan Robotech, tanpa teknologi. Siri cerita yang aku suka masa aku muda-muda dulu.

Aku nak gabungkan Skuad Harimau Jadian lawan tentera bergajah. Aku nak pakai orang kebal lawan parang puting, selendang kuning - parang terbang.

Aku nak tulis perihal perang antara tentera yang semua pihak ada bomoh santau, bomoh hujan.

Boleh summon toyol. Hantu Raya menyamar jadi jeneral musuh.

Sebab aku pelik.

Melayu mendabik dada, kata ada ilmu hitam. Suangi la. Polong la. Pelesit la. Kebal la. Main jampi parang, parang tu terbang, pergi lawan sendiri.

Tapi, masuk Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, mampus.

Bodoh ke apa.

Kalau aku la Sultan zaman tu, aku susun bala tentera.

Toyol pergi dulu, curi peluru. Curi belerang.

Santau angin beberapa jeneral penting.

Hantu Raya pergi menyamar, bagi arahan palsu.

Lepas tu, bila ada jugak yang masih sanggup berperang, hantar orang kebal. Tembak la suka hati mak bapak kau.

Akhir sekali, parang terbang dengan skuad harimau jadian. Parang terbang bunuh sebanyak mana yang termampu, harimau jadian buat clean-up.

Takyah ramai. 100 orang pun cukup.

Apasal tak buat?

Malas?

Bodoh?

Penipu?

Sebab tu aku cakap, bomoh-bomoh ni bullshit.

Pergi mampus la.

Dahlah kufur. Syirik. Munafik pulak tu. 

Macam cerita Anak-anak Wira. Kebal. Power nak mampus. Pastu bunuh diri. Bodoh ke apa?

Pakai la Api Syurga Meragut Lalang ke, jurus Teratai Merah Terlantar di Luar Pagar ke. Seribu Pedang Pulang ke Asal ke. Hikmat Memetik Bintang ke.

Sesiapa yang percaya bomoh adalah bodoh piang.

Again. Itu pilihan kau. Sama macam pilihan aku panggil ko beruk setan.

Aku cari balik orang-orang tua yang tau jampi, tau pasal ubat-ubatan.

Kau tau jampi dia apa? Jampi dia mencarut.

"Aku seru kau babi anjing, Abu binti Semah."

Lepas tu, bila aku suruh dia ulang balik, pasal aku nak salin, dia cakap:

"Kepala otakkooo, Long Seman binti Milah! mampos! mampos!"

Aik? Sudah tukar ka? Baru dua minit.

Kau tau itu jampi apa? Itu jampi kembung perut budak-budak. Ape kejadahnya jampi macam tu? Macam mana aku nak tulis filem dengan jampi asli?

Nak tau cerita? Member aku panggil bomoh, tarik nombor ekor kat Pahang.

Bomoh tu pun menurun la. Jadi Datuk Rimau Gagap atau apa-apa jelah.

Dia mintak rokok. Masih menurun lagi ni.

Member aku dengan member dia offer rokok. Member dia offer L&M. Dia capai, nak ambik. Member aku offer Marlboro.

Dia konar balik, nak ambik rokok Marlboro. Rokok mahal. L&M rokok murah.

E-eh? Mana la si Datuk Rimau Gagap ni kenal brand rokok mahal dengan rokok murah?

Habis bomoh tu kena belasah kat kubur-kubur tu jugak. Rimau tak rimau. Gagap pulak tu.

Inilah akibatnya tak baca buku



Thursday, August 7, 2014

If you Smeeeeeeeeellll What Bar-RACK is Cookin'

I have only one comment about Barrack Obama's victory :




Terrorist Win !



Eat shit, Republicans !



Sunday, August 3, 2014

Edisi Meragut Lalang : Aku Bukan Urban

Lama dah aku tak buat. Rindu pulak.

Ramai sungguh orang yang jeles dengan aku.

Cantik. Slimfit. Seksi. Berketrampilan. Genius pulak tu.

Diorang tuduh aku 'urban', walhal, aku orang pinggir. Urban kepala bapak ko.

Diorang panggil aku 'urban' pasal aku boleh cakap omputih. So? <<<< ni cakap omputih la ni.

Diorang tuduh aku urban pasal aku cakap omputih dengan mak aku.

Well, <<< cakap omputih lagi. Pandainya aku.

1. Suka ati mak aku la.
2. Mak aku pandai. Mak ko bodoh. Nak buat camana? Dah lumrah manusia.

Lepas tu, diorang tuduh aku rebel.

Lutut ko la rebel. Aku pernah jumpa minah rebel. Taknaknya aku jadi camtu. Aku Conservatives <<< tiga kali dah.

Aku masuk bilik dia. Dia dok dengar Rage Against the Machine.

Aku: Amende ko dengar ni?

Dia: Rage.

Aku: Rage?

Dia: Ko tak tau? Nilah band paling hebat di dunia. Rage Against the Machine. 

Aku: Mesin apa?

Dia: Ala. Nama la. Best ni. Ko tau, lead <<<< dia pun cakap omputih la >>>>> singer dia, Zach DeLarocha ni, dia aktivis.

Aku: Aktivis apa?

Dia: Alaaaa...aktivis.

Minah tu pun mula pakai baju. Tadi pakai singlet je.

Aku: Ko nak pergi mana ni?

Dia: Aku nak pergi Modesto's.<<< gila cool habis la Modesto's

Aku: Modesto's? <<< tak percaya kelab malam bertemakan napkin wanita

Dia: Ha'ah. Pasar malam.

Aku: Oooh. Pasar malam. Wah, bergaya ko, ah, nak pergi pasar malam?

Dia: Ye la. Nak pergi, kena la stylo.<<< ni bahasa apa?

Aku: Gila, seluar, baju. Kasut! Fuyoo kasut!

Dia: Baju ni 70. Seluar, 250. kasut? Cuba teka?

Aku: Entah.  

Dia: Kau punya cikai je. Aku punya?

Aku: Mmm...120?

Dia: 270 bai.

Aku: Banyak kau belanja?

Dia: Biasalah. Rebel.

Rebel kepala bapak ko.