Friday, November 28, 2014

Askar Jerman Yang Penyedih



Aku pernah baca cerpen 'Askar Jerman Yang Penyedih' dalam satu buku antologi cerpen terjemahan. 

Aku tak ingat sangat ceritanya, dan aku tak ingat nama penulisnya. Aku tak berani nak Google pasal aku takut cerita tu jadi lain daripada ingatan aku. Kalau ikutkan imaginasi aku, aku bayangkan cerpen Askar Jerman Yang Penyedih ni pasal askar Jerman yang sedih sebab kuih dia terjatuh dalam sungai berlumpur.

Selama lebih 11 tahun, aku membayangkan kuih apa yang dimakan oleh orang Jerman? Orang Jerman takde seri muka, jemput pisang ataupun ketupat pulut. Bagel makanan orang Yahudi, jenis-jenis karipap popular dengan orang Inggeris, Denmark dan Belanda.

Aku membayangkan, askar Jerman tu, mungkin membawa bekal roti Jerman yang menggunakan tepung rye. Mungkin mak dia masak, atau awek dia kat kampung. Aku bayangkan, mungkin awek dia simpan tepung sikit-sikit sebab nak buat kuih tu. Yalah, zaman perang, mesti susah nak buat tepung.

Lepas tu aku pikir pulak, dalam macam-macam rekaan manusia, aku paling hargai roti. Nak buat roti bukan senang prosesnya. Mula-mula, gandum rupa dia macam lalang atau sampah. Manusia zaman purba perlu tuai gandum, keringkan, tumbuk, kisar, campur air, garam, gula, telur, yis, uli, biar dia naik, cucuk kasi angin keluar, uli balik, bagi naik sekali lagi, kemudian bakar.

Aku fikir, proses rekaan roti mengambil masa mungkin beratus-ratus tahun. Bayangkan daripada gandum, ko nak buat kuih Jerman. Kuih yang akhirnya akan diberi sebagai bekal kepada askar Jerman dalam cerpen Askar Jerman Yang Penyedih, yang kemudiannya, ketika dia berjalan melintas sebuah jambatan kecil, telah dilanggar oleh seorang pemacu keldai berbangsa Yahudi, menyebabkan kuih Jerman tadi jatuh ke dalam sungai yang berlumpur.

Aku bayangkan Askar Jerman tadi sedih, kemudian, dengan penuh kesayuan yang tidak terperi, mengambil bayonet kemudian menikam pemacu keldai berbangsa Yahudi tadi, menerosok lubang jubur taik lelaki tua berjanggut tersebut.

Aku bayangkan, dengan sedih, Askar Jerman tadi menikam dan menikam lagi. Bertubi-tubi, sampai seluruh usus besar dan kecil pemacu keldai Yahudi itu tidak berupa organ manusia lagi.

Aku teringat cerpen ini sebab macam itulah rasanya aku tadi semasa menonton The Dark Knight Rises, dengan watak pemacu kedai Yahudi itu diganti dengan adik-adik aku yang bercakap semasa aku asyik menonton. Aku rasa sedih, seperti kuih Jerman aku jatuh ke dalm sungai berlumpur, dan aku rasa macam nak menikam mereka berkali-kali di lubang jubur sampai usus mereka kelihatan seperti daging kisar yang kemudiannya dijadikan daging dalam Quarter Pounder with Cheese McDonalds.



Thursday, November 20, 2014

Emo tetiba



Aku terbaca pasal Imam vs Imam dan skandal perselisihan orang yang tinggi ilmu agama. Agama yang dimaksudkan, agama Islam.

Aku awalnya malas nak cakap langsung pasal hal imam vs imam ni, pasal bukan perniagaan aku - none of my business, dan aku rasa firasat aku betul. Nanti aku dicop sebagai anti-agama ke, Ayah Pin ke, apa ke.

Aku cuma nak cakap, aku pun pernah kena kelentong dengan orang jenis beragama ni. Adalah bodoh dan cetek untuk  melabelkan semua orang beragama kaki kelentong pasal satu pengalaman buruk aku. Tapi hakikatnya yang mengelentong tu memang kuat ilmu agamanya.

Aku memang percaya mereka yang mengikut agamanya secara betul-betul takkan melakukan kemusnahan kat muka bumi ini, manakala mereka yang sesat seperti aku, memang kewujudan kami hanya untuk bersukaria dan menonton filem lucah.

Sebab itu, sebagai contoh, kawan aku selalu panggil orang untuk kemas rumah dia, penganut agama Hindu yang warak kepada agamanya. Dia pergi ke India untuk membuat hijrah ke Sungai Ganges bersama keluarga, dan sentiasa datang dengan penuh cahaya keimanan pada wajahnya. Walaupun hidup susah, dia tenang sahaja dan tidak pernah gila secara tiba-tiba.

Walaupun kawan aku selalu tinggal duit kat ruang tamu, sampai wallet dia pun kat situ, si pengemas rumah tu tak pernah ambik walaupun sepuluh sen.

Sebab itu, dia sering memberikannya kunci rumah dia dan si pengemas rumah pun mengemas rumah dengan penuh ikhlas dan tekun.

Aku juga ada terbaca jurnal seorang kontraktor yang aku gelarkan seorang ateis yang juga warak kepada agamanya. Dia memang tidak percayakan Tuhan, dan aku gelarkan dia Ateis Jati.

Demi menggantikan pegangan agama, Ateis Jati mengamalkan kod moral dan etika yang unggul serta mudah. "Buat jahat kepada orang, dan orang - mungkin bukan orang yang sama - akan buat jahat kepada kita."

Bukankah dalam Islam, Tuhan melarang kita menafikan hak orang lain? Tuhan melarang kita menganiaya orang lain? Kan? Aku bukanlah belajar Al-Quran sangat sebab bila aku nak baca tafsir, semua beruk suruh aku berhenti sebab takut aku sesat, katanya. KATANYA.

Mereka yang berselindung di sebalik topeng keagamaan - terutamanya, tetapi tidak terhad kepada, agama Islam - dan membuat justifikasi serong untuk menjahanamkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, pada aku, memburukkan agama itu sendiri.

Aku dulu marah dan geram dengan diorang ni, tapi lepas lama-lama, aku dah tak peduli. Pergilah mampus. 

 Syurga dan neraka, ketentuan Tuhan, bukan hal urusan kita. Kerja kita, tanggungjawab kita, hanyalah menjalani hidup yang terbaik yang kita mampu.

Wednesday, November 19, 2014

Maruah Di Tangan Orang Lain: Isu Filem Hina Nabi



Ingat lagi tak ada kes pasal sekumpulan orang bukan Islam yang buat satu filem bertajuk 'Innocence of Muslims' atau 'Innocence of Bin Laden'.

Kononnya, filem tu kutuk Nabi Muhammad S.A.W, kutuk Islam dan membuat filem dengan pelakon yang memainkan watak Rasulullah.

Punyalah marah, orang Islam ada yang kononnya menyerang kedutaan dan konsulat di Mesir, Yemen dan Berlin.

Aku harap, orang Islam di sini tak perlu menyerang mana-mana kedutaan. Aku rasa, benda macam ni kita boleh selesaikan dengan cara aman dan tak perlu bunuh-bunuh orang. Itu cara zaman jahiliah. Kita yang kononnya bertamadun ni, yang bersopan, tak payah lah nak emo macam unta kena kembiri.

Aku baru bercakap dengan member aku pasal filem tu. Aku baru dapat tengok Innocence of Muslims dan aku rasa memang dibuat untuk mengapi-apikan orang Islam yang senang diapi-apikan. Aku tak fikir pelakon dan krew tahu filem itu untuk apa, sebab tang nama-nama Muhammad, Khadija semua, dia main letak dubbing. Aku terbaca dalam artikel, masa kat set, watak Muhammad tu nama dia asalnya Master George dan filem tu untuk tunjukkan gaya hidup orang Mesir zaman purba.

Filem tu memang buruk dengan kesan khas yang murahan dan nampak macam dibuat dalam masa 12 jam sahaja. Agendanya pula, aku rasa memang jelas hendak cucuk orang Islam supaya pergi bunuh orang; mengacau sentimen kebencian yang berkelodak.

Kita tak boleh nak mengawal tindakan orang lain, tapi hati-hatilah dengan tindakan diri sendiri.

Aku selalu kelakar bila orang kat sini bercakap pasal maruah. "Filem ini merendahkan maruah Islam," kata kawan aku. Aku gelak je. Dia marah.

Berkuasa sungguh filem tu sampai boleh merendahkan maruah Islam, ya? Rendah benar ke maruah Islam, kalau pasal filem bodoh tu pun boleh terkelar?

Maruah bukan terletak pada apa orang kata. Bila orang puji atau kutuk, maruah tu tak naik dan tak turun. Martabat pun sama. Maruah yang sebenar, yang jitu, hanya wujud dalam diri sendiri. Bagi aku, maruah itu pandangan diri kita sendiri pada diri sendiri. Maruah Islam adalah pandangan umat Islam sendiri pada agamanya. Bukan pandangan orang lain.

Kita ni, hidup bukan untuk merasa bangga sebab orang puji. Itu riak namanya. Bongkak. Sombong. Itu halatuju hidup yang palsu dan rapuh. Pengakhirannya hanyalah sesuatu yang bodoh.

Maruah kita adalah pegangan kita; integriti kita. Terletak pada kata-kata dan perlakuan kita, bukan pada kata-kata atau perlakuan orang lain - walaupun bercakap pasal kita.

Banyak orang puji aku. Ramai jugak kutuk aku. Adakah maruah aku naik atau turun dengan kata-kata mereka? Tidak sama sekali. Walau dijulang 44 kaki pun, aku masih berdiri atas bumi yang sama. Aku masih menongkat langit yang sama yang aku tongkat sejak aku lahir.

Jadi, kalau kau mahu kembali pada ajaran agama, adakah Islam menuntut kita umatnya pergi bunuh orang yang memfitnah agama kita? Nabi buat apa? Dia hanya menyerang mereka yang menyerang dahulu, dan bila kita cakap pasal serang, aku maksudkan serangan yang setimpal. Tidak adil untuk membunuh orang kalau mereka hanya berkata-kata.

Kalau kau marah, maka tujuan mereka yang buat filem ini sudah tercapai, sebab memang dia nak buat orang marah pun. Dia nak buat orang Islam marah, pastu bunuh orang tak tentu hala, lepas tu dia boleh cakap lagi yang orang Islam ni tak bertamadun dan takde kemanusiaan. Bila ini terjadi, mereka boleh bawak bala tentera, bunuh dan rogol semua orang Islam dalam negara orang Islam sendiri.

Kalau kau bodoh, maka pergilah berarak dan susahkan semua orang pasal filem yang tak seberapa tu. Pertahankanlah 'maruah' kau yang hanya wujud di hujung lidah orang lain, dan tidak dalam diri sendiri.



Monday, November 17, 2014

Expectation



Expectation is the reason for all disappointments.

This is why I usually cast aside all expectations. Actually, that's not true. I expect everything to be fucked up, so whenever they don't, I am pleasantly surprised.

See, expectations are merely ideas we have in our head of how something is or how it will be. Here's the secret - it never is. Plato talked about the ideal horse, which does not exist, except in the minds of man, blablabla, wank wank wank.

I know enough to say I don't need people to tell me I'm right. I KNOW I'm right. Being right is not what I want anyway, or that inferior, cheap imitation - BEING SEEN as right.

Me? I just watch the world end. If it doesn't, I'll be pleasantly surprised.



Sunday, November 16, 2014

Firasat Naga Syaitan Api Traktor Peluh Cangkul Kopi



Semalam aku bermimpi ngeri. Aku bermimpi, aku dibuli oleh krew produksi TV dan seorang pengarah Pan-Asian yang asyik mentertawakan aku.


Dalam mimpi ngeri tersebut, mereka memaksa aku mengambil dadah, mempengaruhi semua kawan-kawan aku, agar membenci aku. Mereka paksa aku buat kerja-kerja yang lahanat. Aku pulak, rasa macam kena penjara dalam botol kaca. Semangat aku tak boleh nak keluar, sampailah aku mengaktifkan Jalan Syaitan Tidak Terbatas. Tapi, sebelum aku dapat mengenakan Tinju Maut Dunia Paus pada mereka yang ketawa berdekah-dekah, aku terjaga.

Kemudian, aku mimpi lagi. Aku mimpi orang yang sama, menghantar hantu yang ganas ke arah aku. Hantu tu memang ganas, sampai aku terpaksa mengatur pernafasan untuk melancarkan Hikmat Pedang Salji - Jurus Paling Ganas - Teratai Merah Terlantar di Luar Pagar.

Aku terjaga (masih bermimpi) , dan muka aku sesejuk salji. Aku tengok dalam cermin -  aku masih cantik dan bergaya.

Setelah memastikan aku masih cantik, aku telefon kawan aku. Aku ceritakan dua-dua mimpi aku. Sebagai seorang kawan, memang dia risau.

"Kau tau, kes-kes penghantaran hantu dan ilmu hitam semakin berleluasa di sini juga," kata kawan aku, dalam nada komik.

"Apa? Perlukah kita menggunakan 'itu'?"

"Belum. Belum masanya lagi. Kalau gunakan 'itu', dunia akan berakhir."

"Cis! Apa gunanya kalau kita tak gunakan 'itu'?"

"'Itu'... hanyalah untuk masa-masa genting. Biarlah dia tidur. Biar sampai sisik emas."

"Oh hohohoho! Jadi, kat sini, hanya boleh gunakan 'ini'?"

"Ya, gunakan 'ini'."

Sebenarnya, dia takde pun mengamalkan pembelaan semangat naga. Saja aku tambah supaya kedengaran lebih hebat.

Kawan aku memang bimbangkan aku. Tak dinafikan, aku cantik. Dahlah semakin kurus. Aku sentiasa bernasib baik dalam kehidupan. Juga, aku memang cantik. Aku dah cakap belum, aku cantik?

Tidak hairanlah jika ada yang membuang duit, bersengkang mata tengah-tengah malam buta, sanggup diraba oleh conman yang menyamar bomoh untuk menghantar segala macam ilmu hitam pada aku.

Inilah beban seorang yang cantik.

Aku tak percayakan ilmu hitam, sebab aku rasa benda tu bodoh dan tahyul.

Aku seru Seri Gumum dan hantu Kubur Tok Panjang. Summon Bahamut Zero! Ko terbalikkan dunia mereka. Kau ratah tulang dan daging mereka. Kau hirup darah mereka. Aku nak kau kacau sampai mereka mati dalam keadaan tak siuman.

Kau ingat kau sorang setan? 


Friday, November 14, 2014

Just Fuck It



There are things we can control, and there are things we can't. Worrying about things beyond our control could land us in despair.

But seriously, ask yourself - what is really beyond our control? You can always refuse to be a victim of whatever.


I lay on my bed just now, and suddenly, I feel the old energy again. Been a long day, but suddenly I am not tired.

I guess light comes when it is darkest or whatever.

Been walking around for the past few weeks with dread hanging over me. That feeling of dread is gone. In its place, a sense of purpose. I am ready to lose everything, and therefore I am ready to do anything.

Time is a resource, and time is a barrier. It is an issue, like money, but fuck it. Just, fuck it.

I was raised by television. By cartoon shows that teach me, to just fuck it. If you have a pet dinosaur, you go skateboarding with it. If a green-haired personification of the planet is living inside your ring, you try to make out with the hot Russian chick.

This is what happens when you hit depression's rock bottom. You either go kill yourself, or stand tall and you fucking walk.

Fuck you. Fuck all of you who ever think I'm stupid or can be manipulated into anything. I am politicians' worst nightmare because I can't be bought, and I believe in the truth.

I have like, Abraham Lincoln for a penis.

I've always been afraid of my intensity, because I have seen how it burns through everything, but I think it is also a very useful tool to get things done. Rather than mope around and shit, I should go out there and just fuck it.

Do not fuck with me.



Wednesday, November 12, 2014

Andai Perubahan Itu Mudah Untukku


Biarlah bibir ralit menarik tinggi.
Biarlah suara teguh bersuara lantang.
Biarlah biji mata ligat berpusing.
Biarlah semuanya tampil tenang.
Selagi mampu aku tutup apa yang tidak sepatutnya ditampilkan,
Akan aku lakukan semampuku.

Maafku mungkin tidak bernilai.
Cintaku mungkin tidak seagung yang kau mahukan.
Diriku mungkin tidak sebaik Laila.
Ketahuilah aku juga manusia yang punya khilaf.
Telah aku usaha semampu tulang dan minda mampu bekerja.
Tapi malang, mendesak dan makian hanya makanan kau.

Kau tidak mampu menunggu walaupun sedikit lagi masa.
Maaf kerana diri hina ini tidak mampu berikan kau kebahagiaan.

Maaf kerana tidak mampu berubah dalam sehari.
Maaf kerana buat hati kecil kau terluka.


Sunday, November 2, 2014

My Speech When I Come Back from Winning the Nobel Prize in Literature



I can't wait to have more time to do my own personal projects and finally win the Nobel Prize for Literature.

When I come back from winning it, here is my speech to you, my countrymen:

Well, hello, there. See this thing around my neck? To the monkeys and baboons, this is what is called the Nobel Prize. I won it for literature, which proves that I am the Greatest Mind of the 21st Century.

All you fuckers may kiss the ground beneath my feet, AFTER I have walked on it and not during or before. Especially not during me walking on this earth, or that earth or whatever.

To all of those who wish to say something to me, I say this - shut up. Did you win the Nobel Prize? Do you have the Nobel Prize hanging from your neck? No? Then shut the fuck up.

I would like to take this opportunity, to make fun of idiots I have met in this country. You will all be the subject of my next book, called "Spiteful Idiots I've Met and Why They Should Die by Insertion of Hot Metal Through the Anus".

It will be a grand book which celebrates intelligence and good grace, while highlighting, in stark contrast, the buffoons and actual, literal baboons most of you are. And why you should all die by insertion of hot metal through the ass.

I must also be gracious and admit to my own failings, as all great literary figures are wont to do. I admit that I have always believed, deep in my heart, that everyone is stupid, except me. This belief is fueled by the fact that it is true. A fact proven by this thing around my neck. What's it called, again? Oh, yes, a Nobel Prize.


What is that? You want to adapt my writings to songs and movies? A theatrical play? Well, now. I do not believe that anyone other than Jean-Pierre Jeunet has even the bare minimum mental capacity to grasp my work, let alone translate it to other mediums.

So, no.

Oh? And what are my plans afterwards? Well, I am not gay or anything, but I would like to spend the next 50 years sitting at home. While I write "Spiteful Idiots I've Met and Why They Should Die by Insertion of Hot Metal Through the Anus".

Also, I would like to make a request. Since our education system is so bad, I would like to call for the bottom 99% to be killed immediately. This will ensure that I only get to meet smart people and never have to suffer from the sight, sound or the fury of idiots ever again.

That is all. You can go home now, and weep, or start sucking dick.