Wednesday, November 12, 2014

Andai Perubahan Itu Mudah Untukku


Biarlah bibir ralit menarik tinggi.
Biarlah suara teguh bersuara lantang.
Biarlah biji mata ligat berpusing.
Biarlah semuanya tampil tenang.
Selagi mampu aku tutup apa yang tidak sepatutnya ditampilkan,
Akan aku lakukan semampuku.

Maafku mungkin tidak bernilai.
Cintaku mungkin tidak seagung yang kau mahukan.
Diriku mungkin tidak sebaik Laila.
Ketahuilah aku juga manusia yang punya khilaf.
Telah aku usaha semampu tulang dan minda mampu bekerja.
Tapi malang, mendesak dan makian hanya makanan kau.

Kau tidak mampu menunggu walaupun sedikit lagi masa.
Maaf kerana diri hina ini tidak mampu berikan kau kebahagiaan.

Maaf kerana tidak mampu berubah dalam sehari.
Maaf kerana buat hati kecil kau terluka.


No comments:

Post a Comment