Friday, November 28, 2014

Askar Jerman Yang Penyedih



Aku pernah baca cerpen 'Askar Jerman Yang Penyedih' dalam satu buku antologi cerpen terjemahan. 

Aku tak ingat sangat ceritanya, dan aku tak ingat nama penulisnya. Aku tak berani nak Google pasal aku takut cerita tu jadi lain daripada ingatan aku. Kalau ikutkan imaginasi aku, aku bayangkan cerpen Askar Jerman Yang Penyedih ni pasal askar Jerman yang sedih sebab kuih dia terjatuh dalam sungai berlumpur.

Selama lebih 11 tahun, aku membayangkan kuih apa yang dimakan oleh orang Jerman? Orang Jerman takde seri muka, jemput pisang ataupun ketupat pulut. Bagel makanan orang Yahudi, jenis-jenis karipap popular dengan orang Inggeris, Denmark dan Belanda.

Aku membayangkan, askar Jerman tu, mungkin membawa bekal roti Jerman yang menggunakan tepung rye. Mungkin mak dia masak, atau awek dia kat kampung. Aku bayangkan, mungkin awek dia simpan tepung sikit-sikit sebab nak buat kuih tu. Yalah, zaman perang, mesti susah nak buat tepung.

Lepas tu aku pikir pulak, dalam macam-macam rekaan manusia, aku paling hargai roti. Nak buat roti bukan senang prosesnya. Mula-mula, gandum rupa dia macam lalang atau sampah. Manusia zaman purba perlu tuai gandum, keringkan, tumbuk, kisar, campur air, garam, gula, telur, yis, uli, biar dia naik, cucuk kasi angin keluar, uli balik, bagi naik sekali lagi, kemudian bakar.

Aku fikir, proses rekaan roti mengambil masa mungkin beratus-ratus tahun. Bayangkan daripada gandum, ko nak buat kuih Jerman. Kuih yang akhirnya akan diberi sebagai bekal kepada askar Jerman dalam cerpen Askar Jerman Yang Penyedih, yang kemudiannya, ketika dia berjalan melintas sebuah jambatan kecil, telah dilanggar oleh seorang pemacu keldai berbangsa Yahudi, menyebabkan kuih Jerman tadi jatuh ke dalam sungai yang berlumpur.

Aku bayangkan Askar Jerman tadi sedih, kemudian, dengan penuh kesayuan yang tidak terperi, mengambil bayonet kemudian menikam pemacu keldai berbangsa Yahudi tadi, menerosok lubang jubur taik lelaki tua berjanggut tersebut.

Aku bayangkan, dengan sedih, Askar Jerman tadi menikam dan menikam lagi. Bertubi-tubi, sampai seluruh usus besar dan kecil pemacu keldai Yahudi itu tidak berupa organ manusia lagi.

Aku teringat cerpen ini sebab macam itulah rasanya aku tadi semasa menonton The Dark Knight Rises, dengan watak pemacu kedai Yahudi itu diganti dengan adik-adik aku yang bercakap semasa aku asyik menonton. Aku rasa sedih, seperti kuih Jerman aku jatuh ke dalm sungai berlumpur, dan aku rasa macam nak menikam mereka berkali-kali di lubang jubur sampai usus mereka kelihatan seperti daging kisar yang kemudiannya dijadikan daging dalam Quarter Pounder with Cheese McDonalds.



No comments:

Post a Comment