Thursday, November 20, 2014

Emo tetiba



Aku terbaca pasal Imam vs Imam dan skandal perselisihan orang yang tinggi ilmu agama. Agama yang dimaksudkan, agama Islam.

Aku awalnya malas nak cakap langsung pasal hal imam vs imam ni, pasal bukan perniagaan aku - none of my business, dan aku rasa firasat aku betul. Nanti aku dicop sebagai anti-agama ke, Ayah Pin ke, apa ke.

Aku cuma nak cakap, aku pun pernah kena kelentong dengan orang jenis beragama ni. Adalah bodoh dan cetek untuk  melabelkan semua orang beragama kaki kelentong pasal satu pengalaman buruk aku. Tapi hakikatnya yang mengelentong tu memang kuat ilmu agamanya.

Aku memang percaya mereka yang mengikut agamanya secara betul-betul takkan melakukan kemusnahan kat muka bumi ini, manakala mereka yang sesat seperti aku, memang kewujudan kami hanya untuk bersukaria dan menonton filem lucah.

Sebab itu, sebagai contoh, kawan aku selalu panggil orang untuk kemas rumah dia, penganut agama Hindu yang warak kepada agamanya. Dia pergi ke India untuk membuat hijrah ke Sungai Ganges bersama keluarga, dan sentiasa datang dengan penuh cahaya keimanan pada wajahnya. Walaupun hidup susah, dia tenang sahaja dan tidak pernah gila secara tiba-tiba.

Walaupun kawan aku selalu tinggal duit kat ruang tamu, sampai wallet dia pun kat situ, si pengemas rumah tu tak pernah ambik walaupun sepuluh sen.

Sebab itu, dia sering memberikannya kunci rumah dia dan si pengemas rumah pun mengemas rumah dengan penuh ikhlas dan tekun.

Aku juga ada terbaca jurnal seorang kontraktor yang aku gelarkan seorang ateis yang juga warak kepada agamanya. Dia memang tidak percayakan Tuhan, dan aku gelarkan dia Ateis Jati.

Demi menggantikan pegangan agama, Ateis Jati mengamalkan kod moral dan etika yang unggul serta mudah. "Buat jahat kepada orang, dan orang - mungkin bukan orang yang sama - akan buat jahat kepada kita."

Bukankah dalam Islam, Tuhan melarang kita menafikan hak orang lain? Tuhan melarang kita menganiaya orang lain? Kan? Aku bukanlah belajar Al-Quran sangat sebab bila aku nak baca tafsir, semua beruk suruh aku berhenti sebab takut aku sesat, katanya. KATANYA.

Mereka yang berselindung di sebalik topeng keagamaan - terutamanya, tetapi tidak terhad kepada, agama Islam - dan membuat justifikasi serong untuk menjahanamkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, pada aku, memburukkan agama itu sendiri.

Aku dulu marah dan geram dengan diorang ni, tapi lepas lama-lama, aku dah tak peduli. Pergilah mampus. 

 Syurga dan neraka, ketentuan Tuhan, bukan hal urusan kita. Kerja kita, tanggungjawab kita, hanyalah menjalani hidup yang terbaik yang kita mampu.

No comments:

Post a Comment