Monday, June 30, 2014

Carutan Dewa Pembelah Bumi

Aku dah sampai satu tahap mana aku dah malas nak peduli. Bila aku berharap, aku selalu kecundang. Walau dah berkali kata hati jangan berharap, tapi benda tu macam self-obsession untuk terus buat benda yang memang kita tahu ending dia macam mana. 

Kau nak ada sini, kau ada lah. Tak nak, ikut suka hati anak tekak kau. 

Aku terlampau insecure dengan jodoh. Sebabtu aku jadi macam ni. Maaflah, aku tak pinta untuk jadi hodoh dan berharap semuanya akan berjalan lancar sama macam mana aku inginkan. Tak macam gadis-gadis bermata merah jambu yang mana petik jari boleh dapat jantan macam wang saku dari mak bapak. 

Okay dah. Enough Afifah.

Aku kena fikirkan tak lama lagi kena potong rambut dan jahanamkan diri di rumah dengan menonton spongebob sampai muntah darah.

Sekian, 

Yang terjahanam, 

Afifah si pendekar laut.




Saturday, June 28, 2014

Cerita Mimpi Ranap

Tiada apa lagi yang ingin aku pinta
Yang ingin aku harapkan
Tiada lagi kata-kata yang mendebarkan
Yang buat aku goyah.

Dulu yang mana rasa indah,
Kini kontang.

Dulu yang menanti dengan debaran
Kini sugul tidak merasakan apa-apa.
Permainan catur yang disusun rapi,
Berakhir dengan jalan buntu.

Hanya dengan sekerat ayat,
Gelas retak dan hancur.
Yang mana mungkin kembali
Seperti yang asalnya.

Aku kecewa.
Kau tahu?

Thursday, June 26, 2014

Behind Satan's Smile : Puberty

I remembered when all of my friends had their puberty already and I am left. All alone.

Alone.

Some had their puberty hit on standard five which is 11 years old. So they grew boobs a lot faster and by the time they reached high school, they just tends to have that holy-shit-mothercracker body. A hell lot differ than me who hit puberty on 14 years old.

You know what I'm sayin'? You feel me?

Yeah.... hell bitch. HELL.

Dudes and dudelinas called me "papan" for some reason. I don't mad. I just felt a little insecure as I don't have that ideal body and such.

But then, things went different when mom said that those who hit their puberty early would have their menopause earlier than other who don't. So yeah. It does makes sense. And fuck, I don't give a damn.

I didn't find heaven through that. So why worry? It was just some scary shit that girls would gone through. I've learn to be proud for what you are and those you are capable of. Mind fuck to those who give a damn. Beauty is just a philosophy that created by human being itself. Some find having moles looks like donkey. Some find it pretty.

Beauty is a very subjective thing to talk about as it doesn't really clarify the true meaning of it. Beauty, to me is a feeling of proud being one self and confident for the looks and sake of God's craft.

Be blessed, get blessed, bitches.

I planned on writing something about my years in high school thou. But you know, well, ahh..

Whatever.

Toodles.


Monday, June 23, 2014

Cerpen : Bidadari Anggun

"Ejoul, Myra nak tanya sesuatu"

"Apa dia? cara-cara nak buat karipap ke? ha ha"

"Kalau Ejoul tahu esok Ejoul mati, apa ejoul buat harini?"

"Apa Myra merepek ni. Dah lah. Ejoul tak suka cakap pasal ni"

"Jawaplah ejoul. Myra saja nak tahu"

"Ejoul akan buat apa yang Ejoul nak buat selama ni. Penuhi semua permintaan dan jadikan dunia lebih baik sebelum esok"

Aku tak sangka soalan 2 bulan lepas yang keluar dari mulut bidadari tu sebenarnya..

Kalau lah aku peka. Kalau lah aku sedar. Kalau lah aku sempat patah balik. Kalau lah doraemon tu wujud. Satu je yang akan aku pinta. Untuk ada pada masa lalu.

"Barah otak stage 3"

Bagai nak gugur jantung aku. Aku cuba bahagiakan dia. Aku tolak ketepi semua yang bakal berlaku. Pengakhiran untuk semua benda yang akan jadi pada masa akan datang macam dalam filem-filem tipikal. Aku menidakkan kebenaran. Aku percaya dia akan sembuh. Dia yang berikan kesakitan, kenapa tak, Dia tarik balik? Untuk beberapa masa, aku selalu berharap bahawa bidadari tu menipu aku, bergurau untuk menguji setakat mana keteguhan dan kesetiaan aku bersama dia. Aku tak nak apa yang aku impikan selama ni musnah gara-gara dialog pinocchio dia. Aku tak nak. Aku nak bersama dengan dia sampai aku tua. Tunggu lah. Tunggu sikit lagi. Akan aku kotakan janji aku untuk menyarung cincin di jari manis kau.

Percintaan aku dengan dia, bukan lah macam Romeo dan Juliet yang wujud dekat luar sana. Aku tak kata aku cintakan dia atau merancang berapa anak yang kami inginkan satu hari nanti. Mungkin sebab aku tak romantik. Terkadang aku takut yang dia mungkin terlepas dari genggaman aku pasal hal ni. Tapi tidak.

Malam tu, sama seperti malam-malam sebelumnya. Aku dan bidadari anggun berbual rancak dalam talian. Tidak pernah perbualan tu terhenti walaupun sesaat.

Sama.

Sama seperti sebelumnya, kami berlakon dan bercakap dialek melayu dulu. Dia lah Saloma, dan aku lah P.Ramlee.

"Ejoul, teman Myra sampai subuh boleh?"

"Kenapa Myra?"

Lusa, aku akan berjumpa dia. Dia, bidadari anggun. Hati aku tergedik-gedik setiap kali fikirkannya. Lepas subuh, pagi sebelum temujanji tu, aku pergi kerja seperti biasa dengan pesanan ringkas yang aku kirimkan kepada dia.

"Amirah, Ejoul keluar rumah dulu :)"

"Okay. Hati-hati :)"

Aku melangkah keluar dengan gembira. Semuanya baik-baik sahaja. Semuanya sempurna. Bila jam tepat pukul 1, waktu aku rehat, aku hantar lagi pesanan ringkas kepada bidadari anggun tu.

"Myra, Ejoul tengah rehat :D Myra buat apa tuuuuuu?"

......

Dia tak balas. Dia sibuk memasak agaknya. Dia kan rajin. Tak pun menjahit. Ya lah, dia mesti ada banyak tempahan baju kurung yang dia kena siapkan sempena raya nak dekat ni. Tak apa lah. Esok nak jumpa dah.

Bila habis kerja, aku terus pulang ke rumah dan bersiap. Esok aku ada temujanji dengan bidadari anggun. Kena lah kacak-kacak. Aku pergi ke kedai gunting rambut berdekatan dan potong pendek rambutku supaya aku tampil lebih kacak dari biasanya.

Aku pulang ke rumah sebelum pukul 12 malam. Masih lagi tiada pesanan ringkas mahupun panggilan daripada dia. Dia penat barangkali. Semalam pun tidur lewat. Aku pun tak terfikir untuk membuat panggilan mahupun apa sekalipun. Esok kan nak jumpa.

Dia tak ada esoknya.

Aku tunggu.

Esoknya juga masih tiada.

Petang sebelum Maghrib, aku terima pesanan ringkas daripada bidadari tu.

"Innalillah... Amirah dah meninggal"

Aku terus membuat panggilan. Adik dia yang menjawap. Aku hampir pengsan.

Aku tak percaya.

Aku letak panggilan. Ingin saja aku tumbuk semua orang.

Jahat sangatkah aku sampai begini sekali balasan yang aku terima?

Kenapa ambil dia dari aku?

Dia masih ada. Aku tahu.

Dia, bidadari aku, saja mahu menguji kesabaran aku.

Aku tahu kau masih ada.

Aku dapat rasakan.

Sebab aku masih, belum beritahu dia sesuatu yang penting.

Yang belum lagi pernah sempat aku katakan.

Aku sayang kau.


Friday, June 20, 2014

Tuesday, June 17, 2014

Melangkah ke pintu syurga : kau biasa dan JUBUR

Bila berbicarakan perihal agama, dibilangnya jubur gara-gara takut akidah lari. DOSA BESAR. Orang-orang islam yang hebat-hebat saja layak berbicarakan hal-hal ini sebab ini SENSETIF. Orang-orang yang begini, adalah manusia berkelayakkan beruk.

Aku ni pun tak ada lah hebat mana dan pengetahuan aku tentang agama tu sendiri mungkin tidak sebanyak mana-mana orang lain. Tapi aku tahu kebenaran. Aku percaya Tuhan. Aku percaya Tuhan yang satu.

Tak perlu wujudkan isu-isu macam ;

"Islam je. Tapi JAHIL. Lagi nak bicara agama"

"Kalau tak solat, tak payah sibuk nasihat orang sana sini"

"Kau dulu pun perangai macam kafir. Ada hati konon"

"Tak payah nak berbicara bila kau sendiri buat itu ini"

"FUCK YOU"

"Tak sohih"

Otak kau jangan diletak bawah paras punggung wahai beruk-beruk bertopengkan manusia.

Seperti rezeki. Kalau kau berdekah-dekah kata

" Rezeki setiap orang tu lain-lain dan dah ditetapkan tuhan. So, nak risau apa"

Bro, kalau kau tak usaha, jangan bermimpi rezeki akan jatuh dari langit macam tu sahaja. Kau belajar main-main dan kau berharap 4 rata di akhir kau punya penggal semester. Bodoh. Kau harapkan bulan jatuh ke riba ke?

Membaca lah. Bagi aku, isu-isu tu tak sepatutnya jadi ISU pun. Kalau kau yakin dengan pegangan kau, datanglah ombak tsunami pun, benda tu tak akan meruntuhkan pegangan kau. Jadi, kau jangan risau.

Sekian,

Yang meluat,

Afifah.


Monday, June 9, 2014

Pernah Tak ?

Pernah tak kau rasa bila kau dah ada cukup semuanya, sebenarnya semua tu wasted ?

Pernah tak kau rasa geram bila semuanya dah sempurna, in the end semuanya hancur?

Pernah tak kau fikir masa depan kau yang kau ingat kau dah susun cukup bagus tapi sebenarnya tunggang langgang dan karut?

Pernah tak kau ingat kau sayang seorang tapi sebenarnya kau pun tak yakin siapa yang kau nak bersama sampai hari kau dah nak mampus?

Pernah tak ?

Pernah kau rasa confuse macamni?

Pernah tak kau tertanya orang lain rasa sama macam kau tak? atau mungkin kau abnormal mahupun alien yang tersangkut dalam badan manusia.

Aku tak peduli. 

Pergi mampus. 

Semuanya dah diatur Tuhan. Aku percaya semuanya akan okay. 

Usaha je lah kan? kau serabut nate buat apa?

Itu lah aku cuba redakan hati sendiri. 

Tak lebih dari bullshit.