Saturday, June 13, 2015

A Little Hands For You


I immediately felt responsible, partly because everything is about me but largely due to the fact that I am such a great person who feels responsible all the time. I also felt guilty because I single-handedly made being cynical cool.

Blaming others simply give up power over ourselves to idiots. We all have more control over ourselves and our environment than we dare to admit. Because admitting it is accepting responsibility and our greatest sin is refusing to be accountable.

And what is so dangerous to own up to everything you've done - both good and bad?

So that others would not hate us? So that others would love us? Weak. Pathetic.



Tuesday, June 9, 2015

Edisi Pertapaan : Dunia Yang Jahanam

Jean-Paul Sartre atau Kiekergaard (betul ke eja ni? Pergi tanya AKAB) mengatakan bahawa 'Neraka ialah orang lain'.

Mungkin betul, tetapi mereka juga lupa yang dunia juga boleh menjadi neraka. 

Seperti dalam karya-karya noir, di mana bandar atau tempat berlakunya kisah itu boleh menjadi wataknya sendiri, dunia kita pun mampu mendokong watak dengan memakai topeng marah, topeng kejam dan topeng penipu. Topeng penipu ialah satu oxymoron yang lemah. Pasal kalau pakai topeng, mestilah menipu, kan? Mampuslah. Aku cuma nak pakai perkataan oxymoron supaya kelihatan bijak, cool dan popular. Dan kalau kau tak nampak ironinya di sini, kau boleh pergi mampus.

Dunia juga boleh menjadi neraka. Sekarang, kau ada beberapa pilihan, tetapi yang paling jelas ialah:

Berlutut di tengah hujan, menaikkan tangan ke langit sambil berkata, "KENAPA? KENAPAAA? KENAPAAAAAA???!!!"

Yep. Itu satu pilihan. Tapi hanya satu. Dari seribu.

Dalam bukunya A New Earth oleh Eckhart Tolle, dan disogok oleh Oprah Winfrey, ada dinyatakan yang semua ini berasal dari 'diri kita yang bukan diri kita', iaitu ego.

Satu kesedaran dalam diri yang ingin diiktiraf kewujudannya dengan menjadi emo. Menjadi mangsa. Menjadi orang teraniaya.

Kerana kalau kita teraniaya, kita jadi lebih mulia dari si penganiaya. Kita jadi lebih besar. Maaf, ego kita jadi lebih besar. Sebab kita BETUL. Dan mereka SALAH.

Dengarlah kata-kata aku senantiasa ingin menjadi betul, yang perjalanan hidup sebegini tiada penghujungnya dan seperti mana-mana cerita yang tiada penghujung.

Kau akan sentiasa berasa tidak puas.

Ingat, kau ada pilihan lain. Sentiasa ada pilihan lain.

Salah satunya ialah menerima keadaan ini. 

Keluarkan emosi dari formula dan persamaan. Apakah fakta-faktanya?

Boyfriend kau lari dengan jantan lain? Betina yang kau nak hanya mempergunakan kau untuk KELIHATAN bagus? Bapak kau rogol budak kecik? Milx curi duit kau?

Baik. Asingkan emosi. Berapa banyak Milx pinjam duit lepas tu taknak bayar balik? Best sangat ke girlfriend/boyfriend ko? Apakah fakta kes?

Fakta tiada emosi. Fakta dan kejadian tidak pernah beremosi. Hanya kita yang meletakkan emosi dan nilai emosi ke atasnya.

Kau rasa tak best, pasal kau sendiri yang meletakkan nilai 'rasa tak best' pada kejadian dan fakta tersebut.

Kau menjadikannya sesuatu yang umum menjadi peribadi. Satu serangan peribadi dari dunia kepada kau. Siapakah kau dalam hal ini? Diri yang kena 'serang'. Adakah diri kau yang sebenar? Atau ego?

Ya. Dunia memang jahanam. Dunia memang tak adil. Kalau dunia ni adil, aku dah jadi billionaire dah. Aku dah jadi superhero. 

Kenapa Tuhan suruh jadi macam lain la pulak? Kenapa Tuhan tak bagi ko jadi kaya. dan kalau kau kaya, adakah kau gembira sentiasa? Ya ke? Adakah Tuhan S&M freak?

Seperti kata-kata BlackBolt, ketua Inhumans yang tidak boleh berkata-kata kerana satu perkataan sahaja boleh memusnahkan dunia, 'Relaks'. Bertenang. Kau jerit sampai mati pun takde gunanya.

Terima hakikat yang dunia ni kadang-kadang jahanam. Kadang-kadang memang pukimak. Ada ramai orang yang nak gunakan kau. Ada ramai lagi yang berpura-pura, dan mereka sebahagian dunia yang bak neraka di muka bumi.

Tanpa emosi, kau terima kenyataan.

Kemudian, kau fikir apa yang ada. Apa pilihan kau. Apa sumber yang ada yang boleh kau gunakan. Mula merancang. Tapi jangan abaikan apa yang kau ada sekarang.

Kesilapan kebanyakan orang ialah mengabaikan apa yang ada di depan mata.

Kuman di lautan nampak, gajah depan mata tak nampak. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Jesus berkata, "Why is it the speck in your brother's eye do you see, but the boulder inn yours you are blind to?"

Dan jangan cepat melatah. Berbunyi guruh di langit, air dalam tempayan dicurahkan.

Ingat BlackBolt. Ingat apa Optimus Prime akan buat.

Relaks. Bertenang.

Jika situasi yang tidak diingini menjelang muncul, jangan gerun. Jangan takut. Dari taik pun akan tumbuh sesuatu yang cantik - Joe's Apartment.

Ada banyak pilihan dan ada banyak jalan dalam dunia ni. Tanpa emosi, tanpa ego, pilih jalan yang akan bawa apa yang kau hendak selama ini.

Tapi, untuk itu, kau perlu tahu apa yang kau hendak.

Jangan lawan. Pasal apa yang kita lawan akan menjadi lebih besar. Lebih kuat.

Kau gentel 'masalah' kau, masalah tu akan jadi lebih besar. Jangan gentel. Cari penyelesaian. 

Pastinya, dunia yang jahanam akan membuka topengnya.

Tuesday, June 2, 2015

Kitab Hikmat


Dulu aku baca komik-komik terjemahan dari Hong Kong.

Pedang Setiawan, Pendekar Laut, Raja Rimba, Wira Tunggal, Alam Perwira etc.

Ada beberapa perkara yang aku tak boleh lupakan dalam komik-komik terjemahan ini. 

Antaranya:

1. Sepandai-pandai ahli kung fu melompat

Dalam Lingkaran Terkunci, tak silap aku, ada satu watak yang jatuh dalam lubang, dan terjumpa kitab hikmat dan juga beruk-beruk yang tahu berkungfu.

Rupa-rupanya, berpuluh tahun yang lepas, ada seorang ahli kung fu yang power nak mampus. Paling power dalam dunia. Boleh lawan seribu orang sendirian. Boleh berdiri atas daun buluh.

Lepas tu, jatuh lubang, patah kaki.

Aku gelak macam nak mampus.

Power gila, tapi jatuh lubang, patah kaki?

Dia lah yang menulis kitab hikmat tu dan mengajar beruk berkung fu, akhirnya dijumpai oleh watak utama tadi.

2. Hikmat Memetik Bintang

Hikmat paling power dalam Lingkaran Terkunci. Asal usul hikmat ini ialah ada seorang pendita yang bertapa atas bukit, sambil menikmati keindahan malam.

Tiba-tiba, dia lapar. Lalu terus dia memetik bintang lepas tu MAKAN

Makan, beb! Makan bintang!

Lepas tu, perut dia keluar bucu-bucu tajam. Pasal bintang yang dia makan tu, ada segi macam bintang yang dilukis dek budak sekolah.

3. Dialog paling tiba-tiba dalam dunia

Mungkin prihatin kepada cadangan pembacanya, komik Pendekar Laut pernah cuba menggunakan bahasa slanga dalam terbitannya.

Hasilnya adalah Penjejak Neraka - satu watak berusia 40-an yang suka bercakap seolah-olah umurnya 17.

Tengah sedap-sedap berlawan, Penjejak Neraka telah berkata:

"Cayalah!"

Sekolah aku gamat selama tiga minggu pasal ayat yang paling tiba-tiba dalam dunia.

4. Watak sepandang layang

Ada beberapa watak dalam komik yang hanya muncul dalam satu isu, satu mukasurat mahupun satu panel sahaja.

Antaranya: Sirius Tamak (Senjata Misteri - satu mukasurat), Pedang Sakti (Pendekar Laut - satu isu), Lanun Cemeh (Parang Gila - dua panel), Tom, Pemandu Kereta Lily (Raja Rimba - setengah isu)

5. Sang Elektron Lawan Semua Orang

Sang Elektron ialah watak kegemaran aku. Pasal dia lawan SEMUA watak dalam komik Pendekar Laut, serentak.

Sang Elektron merupakan asas asal templat untuk watak aku di Internet.

Menggunakan Emo-Fu beliau, Sang Elektron hampir berjaya membunuh SEMUA watak lain, kalau tidak disebabkan Orga - si bodoh.

6. Watak Paling Dibenci

Hitomi dan Orga (bukan patutnya Orca ke?). Paling kuat pada satu masa, tapi bodoh nak mampus.

7. Kejadian Gay 

Dalam Wira Tunggal, ada satu watak lelaki (Penelan Langit ke hapa entah) yang minat kat Tornado - juga seorang lelaki. Gila gay!

8. Nama-Nama Hikmat Pedang Salji

Selain Jalan Syurga Tidak Terbatas (Juara Wira), nama-nama jurus paling aku suka adalah nama-nama jurus Hikmat Pedang Salji.

1. Kesejukan Sepandang Layang

- tetak pakai imej pedang yang menjadi besar - untuk melawan ramai orang sekaligus.

2. Terbentuk Ais Tiga Kaki

- jurus pertahanan

3. Entah

4. Entah

5. Teratai Merah Terlantar Di Luar Pagar

- Jurus yang paling ganas, dicipta oleh Yan Wang (bapak Lip Fung/Nie Feng/Penjejak Badai) setelah mendapat tahu bininya memasukkan konek Po Jun ke dalam dubur.

6. Blablabla Buah Pic

- Jurus yang lembut pada zahirnya, tetapi amat berat.

7. Entah

8. Entah

9. Sejuk Mata Pedang, Dingin Hati

- Kalau ikut gambar, takde pedang pun. Pakai sarung je. Tak pernah ditunjukkan pasal power sangat.

Hikmat Pedang Tanpa Nama pun ok jugak.

Ada jurus ni:

Kesedihan Tidak Terperi

Yang dijawab dengan jurus Pedang Fajar: Kegeraman Terbuku di Hati. Pasal Penjejak Awan (Gong Bo Wan/Bong Go Wan/Bo Gong Wan) emo, dia boleh buat jurus Kesedihan Tidak Terperi. Pedang Fajar tak boleh, pasal dia punk. Jadi dia pun buatlah jurus Kegeraman Terbuku di Hati. Pasal dia geram.

Jurus yang aku boleh praktikkan dalam dunia sebenar ialah Monyet Mencuri Buah Pic.

Cara-cara: Kau tangkap telur orang, pastu ko picit sampai dia mampus.

Itulah jurus Monyet Mencuri Buah Pic.