Monday, June 23, 2014

Cerpen : Bidadari Anggun

"Ejoul, Myra nak tanya sesuatu"

"Apa dia? cara-cara nak buat karipap ke? ha ha"

"Kalau Ejoul tahu esok Ejoul mati, apa ejoul buat harini?"

"Apa Myra merepek ni. Dah lah. Ejoul tak suka cakap pasal ni"

"Jawaplah ejoul. Myra saja nak tahu"

"Ejoul akan buat apa yang Ejoul nak buat selama ni. Penuhi semua permintaan dan jadikan dunia lebih baik sebelum esok"

Aku tak sangka soalan 2 bulan lepas yang keluar dari mulut bidadari tu sebenarnya..

Kalau lah aku peka. Kalau lah aku sedar. Kalau lah aku sempat patah balik. Kalau lah doraemon tu wujud. Satu je yang akan aku pinta. Untuk ada pada masa lalu.

"Barah otak stage 3"

Bagai nak gugur jantung aku. Aku cuba bahagiakan dia. Aku tolak ketepi semua yang bakal berlaku. Pengakhiran untuk semua benda yang akan jadi pada masa akan datang macam dalam filem-filem tipikal. Aku menidakkan kebenaran. Aku percaya dia akan sembuh. Dia yang berikan kesakitan, kenapa tak, Dia tarik balik? Untuk beberapa masa, aku selalu berharap bahawa bidadari tu menipu aku, bergurau untuk menguji setakat mana keteguhan dan kesetiaan aku bersama dia. Aku tak nak apa yang aku impikan selama ni musnah gara-gara dialog pinocchio dia. Aku tak nak. Aku nak bersama dengan dia sampai aku tua. Tunggu lah. Tunggu sikit lagi. Akan aku kotakan janji aku untuk menyarung cincin di jari manis kau.

Percintaan aku dengan dia, bukan lah macam Romeo dan Juliet yang wujud dekat luar sana. Aku tak kata aku cintakan dia atau merancang berapa anak yang kami inginkan satu hari nanti. Mungkin sebab aku tak romantik. Terkadang aku takut yang dia mungkin terlepas dari genggaman aku pasal hal ni. Tapi tidak.

Malam tu, sama seperti malam-malam sebelumnya. Aku dan bidadari anggun berbual rancak dalam talian. Tidak pernah perbualan tu terhenti walaupun sesaat.

Sama.

Sama seperti sebelumnya, kami berlakon dan bercakap dialek melayu dulu. Dia lah Saloma, dan aku lah P.Ramlee.

"Ejoul, teman Myra sampai subuh boleh?"

"Kenapa Myra?"

Lusa, aku akan berjumpa dia. Dia, bidadari anggun. Hati aku tergedik-gedik setiap kali fikirkannya. Lepas subuh, pagi sebelum temujanji tu, aku pergi kerja seperti biasa dengan pesanan ringkas yang aku kirimkan kepada dia.

"Amirah, Ejoul keluar rumah dulu :)"

"Okay. Hati-hati :)"

Aku melangkah keluar dengan gembira. Semuanya baik-baik sahaja. Semuanya sempurna. Bila jam tepat pukul 1, waktu aku rehat, aku hantar lagi pesanan ringkas kepada bidadari anggun tu.

"Myra, Ejoul tengah rehat :D Myra buat apa tuuuuuu?"

......

Dia tak balas. Dia sibuk memasak agaknya. Dia kan rajin. Tak pun menjahit. Ya lah, dia mesti ada banyak tempahan baju kurung yang dia kena siapkan sempena raya nak dekat ni. Tak apa lah. Esok nak jumpa dah.

Bila habis kerja, aku terus pulang ke rumah dan bersiap. Esok aku ada temujanji dengan bidadari anggun. Kena lah kacak-kacak. Aku pergi ke kedai gunting rambut berdekatan dan potong pendek rambutku supaya aku tampil lebih kacak dari biasanya.

Aku pulang ke rumah sebelum pukul 12 malam. Masih lagi tiada pesanan ringkas mahupun panggilan daripada dia. Dia penat barangkali. Semalam pun tidur lewat. Aku pun tak terfikir untuk membuat panggilan mahupun apa sekalipun. Esok kan nak jumpa.

Dia tak ada esoknya.

Aku tunggu.

Esoknya juga masih tiada.

Petang sebelum Maghrib, aku terima pesanan ringkas daripada bidadari tu.

"Innalillah... Amirah dah meninggal"

Aku terus membuat panggilan. Adik dia yang menjawap. Aku hampir pengsan.

Aku tak percaya.

Aku letak panggilan. Ingin saja aku tumbuk semua orang.

Jahat sangatkah aku sampai begini sekali balasan yang aku terima?

Kenapa ambil dia dari aku?

Dia masih ada. Aku tahu.

Dia, bidadari aku, saja mahu menguji kesabaran aku.

Aku tahu kau masih ada.

Aku dapat rasakan.

Sebab aku masih, belum beritahu dia sesuatu yang penting.

Yang belum lagi pernah sempat aku katakan.

Aku sayang kau.


No comments:

Post a Comment