Tuesday, June 17, 2014

Melangkah ke pintu syurga : kau biasa dan JUBUR

Bila berbicarakan perihal agama, dibilangnya jubur gara-gara takut akidah lari. DOSA BESAR. Orang-orang islam yang hebat-hebat saja layak berbicarakan hal-hal ini sebab ini SENSETIF. Orang-orang yang begini, adalah manusia berkelayakkan beruk.

Aku ni pun tak ada lah hebat mana dan pengetahuan aku tentang agama tu sendiri mungkin tidak sebanyak mana-mana orang lain. Tapi aku tahu kebenaran. Aku percaya Tuhan. Aku percaya Tuhan yang satu.

Tak perlu wujudkan isu-isu macam ;

"Islam je. Tapi JAHIL. Lagi nak bicara agama"

"Kalau tak solat, tak payah sibuk nasihat orang sana sini"

"Kau dulu pun perangai macam kafir. Ada hati konon"

"Tak payah nak berbicara bila kau sendiri buat itu ini"

"FUCK YOU"

"Tak sohih"

Otak kau jangan diletak bawah paras punggung wahai beruk-beruk bertopengkan manusia.

Seperti rezeki. Kalau kau berdekah-dekah kata

" Rezeki setiap orang tu lain-lain dan dah ditetapkan tuhan. So, nak risau apa"

Bro, kalau kau tak usaha, jangan bermimpi rezeki akan jatuh dari langit macam tu sahaja. Kau belajar main-main dan kau berharap 4 rata di akhir kau punya penggal semester. Bodoh. Kau harapkan bulan jatuh ke riba ke?

Membaca lah. Bagi aku, isu-isu tu tak sepatutnya jadi ISU pun. Kalau kau yakin dengan pegangan kau, datanglah ombak tsunami pun, benda tu tak akan meruntuhkan pegangan kau. Jadi, kau jangan risau.

Sekian,

Yang meluat,

Afifah.


No comments:

Post a Comment