Saturday, September 20, 2014

Ayuh Membaca !



Kat depan aku sekarang ada tiga buku yang aku tak patut beli. Ada Yang Nakal-Nakal oleh Sasterawan Negara yang bukan Baha Zain - Usman Awang, Re: Tangerin dan Nikotin oleh Mimi Morticia, juga Sofa Biru oleh Nadhira Brundage dengan kulit depan yang menampilkan Nadhira - seorang gadis cantik - terbaring atas kerusi sambil menutup... mukanya dengan bahu.

Setiap buku ini aku beli atas sebab-sebab berbeza. Dan semua sebab itu salah. Aku sebenarnya dah beli satu buku semalam, jadi hari ni aku cuma ke CM sebab nak makan tengahari. Namun, selepas membelek puisi Usman Awang dalam buku terbitan Fixi Retro ini, aku jadi tertarik hati. Ini kali pertama dalam masa yang panjang, aku tertarik dengan puisi tulisan mana-mana penulis puisi kontemporari.

Secara jujur, aku dah lama meninggalkan puisi sejak aku rasa macam puisi dah dianakharamkan oleh pelbagai penulis yang macam sial. Daripada bintang-bintang popular yang menciplak karya asing dengan versi yang jauh tawar dan pukimak daripada karya asal yang dicuri, hinggalah kepada ahli politik - dan penyajak yang menjadi ahli politik - yang menggunakan puisi untuk memperjuangkan pasak politik yang bagi aku dangkal, angkuh dan bodoh.

Dr M menulis sajak - dan aku rasa takde hal untuk dia tulis. Aku menyampah kat fanboys dia yang buat seolah-olah sajak Perjuangan Yang Belum Selesai tu sajak pertama ditulis manusia. Aku juga tak setuju dengan A Samad Said menulis sajak pendek di Twitter untuk menentang kerajaan. Bukan sebab dia menentang kerajaan. Pergi mampus Barisan Nasional, pergi mampus kerajaan. Aku cuma rasa sajak pendek yang ditulisnya di Twitter sama saja kualitinya dengan pantun mencarut Amir buat.

Pada pendapat aku, kalau dia nak kritik kerajaan melalui puisi - sajak terutamanya - dia boleh buat macam Usman Awang - buat betul-betul. Sindiran dalam Yang Nakal-Nakal memang pedas dan tajam, dan walaupun ditulis pada tahun 70an dan 80an, amat kena dengan situasi semasa. Inilah tanda karya yang hebat - makin lama, makin kena.

Ya, buku Yang Nakal-Nakal aku beli walaupun dah melanggar belanjawan aku sebab aku suka puisinya.

Siakap, senohong,
Gelama ikan duri;
Bercakap bohong,
Bolehkah jadi menteri?

SOLD!

Yang dua lagi ni, panjang ceritanya. Dua-dua awek yang cantik. Mimi Morticia dan Nadhira Brundage memang lawa, tapi itu bukan sebabnya aku beli. 

Scene puisi kat KL ni dah banyak beralih ke arah poetry slam yang dah macam rap battle. Antara personaliti yang paling menonjol - mamat nama Jamal. Jamal ni power rap dia. Puisi dia pun power. Tapi, aku ni jenis orang tua. Lahir-lahir je, dah 60 tahun. Taste aku, taste orang tua.

Aku dah makin putus hubungan dengan dunia kontemporari anak muda. Bentuk puisi yang aku suka pun dah banyak pupus. Ada sesapa buat gurindam lagi tak? Pantun Melayu pun dah jadi lain. Semua sajak dah takde struktur. Takde rima, ritma, meter pun buang ke laut.

Aku percaya pada struktur. Pada bentuk. Dalam bentuk itu, dalam gelanggang itu kita boleh menari, tapi kalau tiada garisnya, tiada rangkanya, apa yang dibuat terlalu chaotic. Cacamarba. Tapi, itu cuma fikiran aku.

Aku makin sedar, ini bukan salah anak muda yang menjadi penulis puisi sekarang. Dalam masa 40 tahun lagi, aku jadi deneso, cam Rais Yatim. Nanti bila aku jadi Menteri Kebudayaan, aku tangkap semua orang pasal tulis puisi yang aku tak suka.

Jadi, ya, aku membeli dua buku ini untuk tengok balik apa kejadah yang generasi zaman sekarang suka tulis, dalam bentuk puisi. Mungkin bentuk puisi itu sendiri dah berubah sampai aku tak kenal, tapi aku memang tak relevant. 

Aku juga amat respect Sufian Abas from Selut Press (Sang Freud Press?) sebab dia dan Aloy Paradoks berani menerbitkan buku-buku puisi. Biasanya buku-buku puisi susah nak jual. Niche market, macam komik.

Apa pun, aku akan start membaca puisi. Yang Nakal-Nakal aku dah habis baca dalam kereta tadi. Memang best.


No comments:

Post a Comment