Sunday, September 28, 2014

Bila Namanya Cinta



Bila namanya cinta,
Segala janji ditaburkan.
Bila namanya cinta,
Daun kelihatan mutiara.
Bila namanya cinta,
Marsh mellow dirasai gula gula kapas.

Bila namanya cinta,
Walaupun sugul dan kelam,
Masih tegak berdiri walaupun hati berbaur gentar.
Bila namanya cinta,
Setiap pelosok kepunyaan dipegang hujung-hujung bersama.
Kerana apa?
Cinta.

Izinkan hamba bertanya.
Bila namanya cinta,
Adakah dengan melayari bahtera nafsu syahwat?
Bila namanya cinta,
Adakah dengan membina taj mahal?
Bila namanya cinta,
Adakah dengan membelikan barangan Gucci?


Biar cinta itu terbahagi kepada celahan subjek,
Apa pun ideologi dan falsafah yang dikendong,
Pasti dan sentiasa ingat,
Kiri dan kanan mencatit,
Yang di atas sentiasa melihat.


No comments:

Post a Comment