Saturday, September 13, 2014

Cerpen : You Cakap Memang Sedap !



Beberapa helaian rambut dia jatuh ke lantai dan ada juga segelintirnya hilang ditiup angin. Muka dia berkerut seperti makcik-makcik yang sudah melahirkan anak 5.

"Tengok! Shampoo rambut tu tak elok!" tengking gadis berambut merah itu sambil menggaru kepalanya.

"Bukan salah shampoo tu, you yang stress sangat." Aku ditolak dan ditinggalkan dia.

Setiap kali, ada sahaja benda yang tak kena. Aku cuba memahami. Adakah aku yang kolot atau mungkin sahaja dia yang terlampau teliti? Entah, aku pun tidak tahu. Berkali aku cuba meyakinkan dia, bahawa kehidupan ni lebih dari kuku yang berkilat dan juga kaki yang tiada bulu. Tetapi apa yang aku dapat daripada dia atas kata-kata aku yang aku rasa cukup padat untuk memesongkan pendapat dan ideologi dia ialah "You tak pernah faham I".

Lebih baik aku senyap.

Malam minggu yang lepas, kami pergi mengisi perut yang lapar bersama beberapa teman yang lain di kedai burger bakar Samad untuk makan.. burger lah. Tak akan kambing panggang.

Semasa asyik menunggu burger-burger yang besar dan gebu, aku hampir terbalik dari kerusi dek terkejut akan suara nyaring yang menyapa dari sebelahku.

"Oh my god!" jerit dia sambil kedua-dua tangan cuba menghilangkan celetan sos yang melekat pada dress merahnya itu.

"Maafkan saya, saya tak sengaja. Maafkan saya cik" berulang kali pelayan itu menggunakan ayat yang sama sambil menundukkan badannya 90 darjah. Beberapa pelanggan lain mula memerhatikan adegan itu.

"Maaf you boleh hilangkan kotor ni ke hah?! Mata you letak dekat mana? Lutut?!" beberapa kali,  jari telunjuk dia menuding ke arah pelayan itu.

Aku meminta maaf bagi pihak dia dan tarik tangannya terus ke kereta tanpa berkata apa-apa. Dia cuba meloloskan diri tapi tidak berjaya.

"Lepaskan I!" tanganku di cakar. Aku berpaling sambil menghembuskan nafas yang tidak lega. Tidak, lega. Faham?

"You boleh lepaskan dia macamtu je?! Sekarang ni salah I ke hah?!" gigi dia diketap dengan kuat sambil muka dia bertukar merah seperti sesumpah.

"You cuba bertolak ansur. Benda ni bukan besar. Tolong jangan jadi childish" pergaduhan kami berlarutan di kawasan letak kereta itu selama beberapa minit. Nasib baik sahaja tiada orang waktu itu.

"You know what? Im tired and sick of you!" aku ditolak. Sekali lagi.

"And you know what? Lebih baik I layan choki-choki dari I layan you !"  dia menoleh dan memerhatikan aku dengan muka yang pelik. Apa kesinambungannya? Aku pun tak tahu.

"Tak macam you! You cakap memang sedap ! Tapi I aje yang rasa kopinya ! Lebih baik I layan choki-choki tak menyakitkan hati macam you !" Kali ni aku tidak akan biarkan diriku ditolak lagi.

Aku tolaknya dengan bergaya sambil ketawa iblis di dalam hati.




No comments:

Post a Comment