Tuesday, December 23, 2014

Berikan Aku Kebahagian Untuk Seketika


Aku bersedih semalaman. Aku merasa tiada siapa yang faham. Aku tak tahu kepada siapa harus aku salahkan. Ya, semalam aku menyalahkan ramai pihak. Tapi selepas beberapa minit aku kembali berfikir. Ini bukan aku. Aku jauh lebih hebat dari ini. Aku bukan seperti apa yang aku lakukan sekarang. Ini bukan tahap yang sepatutnya berada. Jadi aku tidak salahkan kau, dia atau sesiapa pun.

Salah aku untuk terlampau berharap. Salah aku untuk terlampau cinta walaupun hati sudah tahu macam mana endingnya. Tapi masih lagi beri peluang kepada hati sendiri dengan tujuan memujuk dia. Tapi aku silap. Ya, ini semua salah aku. Aku mahukan kebahagiaan, tapi aku berharap orang lain yang memberikan aku kebahagiaan pasal aku malas nak kejar kebahagiaan. Terlampau malas. Kata kata seperti "Aku tak nak kau tinggalkan aku" dan jawapan "boleh" itu semua mimpi. Khayalan yang aku ciptakan sendiri.

Aku percaya Tuhan dah aturkan sebaik mungkin. Dalam saat aku merasakan tiada siapa yang mengerti dan hanya ingin menjadikan aku mangsa untuk dipermainkan dalam apa jua agenda, masih ada manusia yang ada di sisi mengerti kecelakaan ni.

Seorang rakan menghubungi aku disaat aku bersedih kecewa dengan diri sendiri.

Dia bertanya dan awalnya aku menolak untuk bercerita. Selepas ayat "Kalau bodoh, simpan lah seorang dan menangis lah untuk seminggu".

Aku membuka mulut bercerita. Mengharap dia mengerti, menyebelahi aku.

"They were all just a bunch of assholes. You're pretty and great. You deserve someone a hell lot better than that"

And so, I went out with hope to forget my grieve.

Untuk satu hari, aku dilayan seperti bidadari yang baru sahaja turun dari kayangan memukau mata seorang manusia biasa.

Berkali kali aku diberitahu aku cantik. Aku cuma ketawa kerana aku tahu itu tidak benar. Mungkin ini hanya agenda atau satu konspirasi. Siapa tahu?

Sebuah gitar elektrik dicucuk di amp dan dimainkan dengan melodi yang aku pernah dengar disertakan dengan suara indah sambil mata ditatap tanpa kerdipan.

Untuk satu ketika aku bahagia atas kelakuan orang lain. Untuk satu ketika, aku boleh escape dari celaru hidup yang tak menentu. Yang aku sendiri tidak tahu apa dan dari mana puncanya.

Aku pura pura bahagia kerana aku percaya, hidup ni indah. Seperti kata Buddha, kebahagiaan datang dari diri sendiri dan bukannya orang lain.

Aku berterima kasih kepada dia membantu aku escape hari celaka. Mulai saat ni, aku akan mencari kebahagiaan aku sendiri.

Terima kasih semua, kerana kalian, aku semakin kuat.



No comments:

Post a Comment