Monday, July 7, 2014

Cerpen : Esok Tetap Kekal

Ditolak jendela merah lalu kelihatan Dewi yang sedang melambai dengan girang dari bawah apartmentnya. Amir mengangkat tangan dengan perlahan lalu beredar dan ghaib dari pengelihatan Dewi. 

"Ah.. apa patut aku lakukan?" Bisik Amir kepada dirinya.

Amir patah balik ke jendela itu untuk mengintai Dewi. Dia tiada. Mungkin dia sudah pulang, fikir Amir. Tidak sempat menarik nafas lega, pintu rumahnya diketuk. Dia terus membuka pintu dan kelihatan Dewi terpacak di hadapan pintu rumahnya. 

"Hai !"  Kata Dewi dan terus masuk ke rumahnya tanpa banyak soal.

Amir mengeluh perlahan dan duduk di hadapan Dewi yang sudah duduk di kerusi kayu itu tanpa dijemput. Dewi menghulur dua helai kertas yang mana merupakan tiket untuk melihat kugiran kegemaran mereka di gig mini yang bakal berlangsung esok hari di bandar kecil itu. 

Dewi : Jom kita pergi!

Amir : Kenapa kau beli dua?

Dewi : Untuk kau lah !

Amir : Kan aku dah kata. Aku tak tahu lagi.

Dewi : Bila kau cakap?

Amir : Minggu lepas.

Dewi : Gig ni bila?

Amir terdiam. Bukan dia tak mahu pergi dan bukan juga sebab dia membenci Dewi. Mereka berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Mana mungkin dia membenci Dewi yang selalu ada bersamanya bila dia jatuh dan juga di saat dunia membelakangkannya. Dia cuma memerlukan masa untuk mengatasi kekecewaan yang sedang dia alami dek perempuan yang selama ini mengucapkan kata-kata cinta tidak lagi mendampinginya. 

Amir : Perempuan ni, macam ahli sihir.

Dewi : Kenapa?

Amir : Dalam satu saat, dengan senyuman je boleh buat lelaki jatuh cinta. Lepastu blah macam takda benda.

Dewi : Lelaki ni pulak, macam setan. 

Amir : Kenapa pulak?

Dewi : Hebat dalam permainan, tapi gagal kawal permainan bila berhadapan bidadari.

Amir ketawa. Dewi tidak pernah gagal menghiburkan. Andai sahaja Dewi menyertai pertandingan komedi atau apa sahaja yang berkaitan, Amir berani mengerat ibu jarinya untuk kemungkinan Dewi kalah. 

Amir : Esok, mungkin tak. Aku rasa teruk. Maaflah aku tak boleh teman kau.

Dewi : Ini bukan untuk aku. Untuk kau. Kau tak pergi, aku tak pergi.

Amir mengeluh. Mahu sahaja dia teriak di telinga perempuan itu.

Degil.

Kepala batu.

Dewi : Kau nak sedih-sedih buat apa? Kau nampak bodoh.

Amir : Kau beritahu aku kenapa aku tak sedih ?!

Dewi : Sebab esok tetap kekal.


No comments:

Post a Comment