Monday, July 7, 2014

Tanpa Sesalan

Dan dewa itu, yang bermuka aku, kelihatan menggeletar dan terkepit-kepit.

"Tapi...tapi... Aku mulia," katanya.

"Mulianya," kata aku.

Dewa: Aku mulia sebab aku dah selamatkan ramai orang.

Aku: Yeke? Sekarang, cuba selamatkan diri kau sendiri.

Dan Dewa itu menangis. Aku tertawa, kemudian menunjukkan muka bengis.

Aku: Lepas aku dah puas membunuh kau, neraka yang kau pergi akan kelihatan seperti syurga selepas apa yang aku buat pada kau.

Dan dewa itu merengek-rengek. Kemudia dia menjerit, sambil aku buat apa yang aku buat dengan hebatnya.

Sememangnya, neraka yang aku hantar dia kelihatan seperti syurga berbanding dengan apa yang telah aku lakukan padanya.

Dan aku sikit pun tidak menyesal, membunuh dewa itu.

No comments:

Post a Comment